fbpx

Ruhainies Dikecam Gara-Gara Kekasih Suap Nasi Kandar Dalam Ferrari

Kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E, pelakon Ruhainies dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.

Nampaknya, perkongsian terbaru pelakon itu sekali lagi menjadi perhatian netizen dimana kekasihnya sanggup membawa sepinggan nasi di dalam kereta dan menyuap Ruhainies makan.

BACA: “Kami Tak Pernah Bergaduh Pasal Perempuan”

Seperti sudah dijangka perkongsian Ruhainies itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Ruhainies manja tidak bertempat dan menyusahkan kekasihnya.

Tidak hanya berdiam diri, Ruhainies dilihat membalas komen negatif netizen dengan nada sindiran. Malah, Ruhainies turut menyifatkan netizen yang ‘bitter’ sebenarnya cumburu dengan kebahagiaan yang dipamerkannya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen tidak faham mengapa perlu mengecam perkongsian Ruhainies itu dan menjadikan ia sebagai isu sedangkan itu adalah hak peribadinya untuk makan di mana sahaja.

Inilah lumrah bergelar selebriti, ada saja serba tak kena di mata netizen. Mungkin jika Ruhainies dan kekasih sudah bergelar suami isteri, tiada lagi kecaman netizen. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.