Adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berharap abangnya dan Diana Danielle dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.
Memetik BH Online, Fadzil berkata abangnya dan Diana akan memulakan proses rundingan di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka hari ini.
BACA: Diana Danielle Padam Gambar Farid Kamil
“Saya berdoa mereka capai kata sepakat dan kata putus terbaik. Kita tak boleh dengar antara dua pihak sahaja, kita kena pertimbangkan keadaan anak-anak juga. Jadi, apa sahaja keputusan, harus ambil kira semua perkara,” katanya.
Sementara itu, Fadzil yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin mengakui terkejut mendapat tahu mengenai kemelut rumah tangga abangnya itu menerusi media.
“Kami baca berita itu pun, kami terkejut. Jadi, kita hendak tanya tuan badan. Kita pun tidak tahu macam mana. Usahkan orang ramai terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun sama. Sebab tiada apa-apa tanda atau bayangan.
“Jadi kami sampaikan kepada emak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia bersabar dan tabah… Kami sentiasa doakan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Fadzil berkongsikan kali terakhir dia berjumpa abangnya itu sebulan lalu. Ujarnya lagi, dia dan Yana sentiasa memberikan positif kepada Farid diatas apa yang berlaku.
“Pada pertemuan itu, kami sembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia. Seperti baru-baru ini, dia cakap dia rindu anak-anak. Sebagai adik, saya dan Yana beri kata-kata positif agar dia bersabar,” katanya.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya dengan alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan Diana. Farid juga mendakwa dia tidak dapat masuk ke rumah sejak awal bulan ini.