Diana Danielle Padam Gambar Farid Kamil
Isnin lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai pelakon Diana Danielle yang memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil.
Hasil tinjauan di Instagram, Diana dilihat sudah memadam gambar suaminya dan yang tinggal gambar bersama dua anaknya di Instagram.
BACA: Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Sementara itu, tinjauan di Instagram Farid pula masih dapat dilihat lagi gambarnya bersama Diana dan kedua-dua anak mereka.
Terdahulu, Diana membuat permohonan cerai awal bulan lalu dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan Diana. Farid juga mendakwa dia tidak dapat masuk ke rumah sejak awal bulan ini.
Malah, Farid turut meminta wartawan bertanyakan sendiri kepada Diana mengenai permasalahan tersebut kerana aktor itu menafikan wujud krisis dengan isterinya.
- SUMBER
- harian Metro
Aiks! Sebelum ni buat macam “Suami paling romantic dan understanding dalam dunia”. Sekarang padam gambar pulak. Itulah, jangan dok galak, ngada-ngada sangat.
Bagus la DD move on, buat apa nak hidup dgn biawak hidup…awak tu muda lagi cantik jelita ramai lagi kaum lelaki diluar sana yg lebih baik dan bertanggung jawab untuk dijadikan pasangan hidup.
Kata tak nak buka aib suami sgt…bercerai teros! Artis Malaysia tak boleh maju MCM artis luar SBB asyik asyik kisah kahwen, cerai sondol. Takde pencapaian MCM Michelle Yeoh, BTS, P.Ramlee DLL.
Mcm la artis luar tak kawin cerai, cheh!
Baru ni Farid Kamil nak tunjuk betapa hebatnya dia sebagai suami Diana. Buat inference bahawa Syamsul Yusof telah abuse Diana. Tak macam Farid yang amat gentle dan romantik (walaupun kena masuk penjara sebab tampar polis masa tengah high dadah).
Tak sampai dua minggu, Diana file untuk cerai.
Siap delete gambar Farid lagi. Ouch!
Pengajaran kepada artis & selebriti supaya jangan dok tayang sangat. Jangan rasa diri sendiri perfect sangat. Kang jadi macam si Farid ni pulak.