fbpx

Keluarga Pelakon Wanita Datang Ke Kondominium Selepas Dihubungi

Umum mengetahui, sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Memetik Harian Metro, ahli keluarga pelakon wanita itu urut berada di kondominium mewah itu selepas dimaklumkan mengenai tangkapan berkenaan awal pagi tadi.

BACA: Tiga Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Turut berada disitu kakak kakaknya yang juga seorang pelakon bersama dua adiknya yang lain. Difahamkan, mereka hadir selepas dihubungi oleh pelakon wanita berkenaan.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan kondominium meminta mereka berbuat demikian.