Keluarga Mahu Perkahwinan Stacy AF Dan Akim Ahmad Disegerakan
Pertunangan Akim Ahmad & Stacy AF hujung minggu lalu memang menjadi topik perbualan ramai peminat dunia hiburan yang gembira dengan perkembangan hubungan kedua dua penyanyi kesayangan mereka ini. Pastinya selepas ini mereka menantikan majlis perkahwinan mereka pula.
Bercakap kepada mStar Online, Stacy AF mengakui yang majlis pertunangan ini dilangsungkan kerana permintaan keluarga yang mahukan perkahwinan mereka berdua disegerakan lebih lebih lagi mereka sudah menjalin hubungan cinta lebih enam tahun.
BACA: Akim Ahmad Dan Stacy AF Selamat Bertunang
“Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan”
“Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu,” ujarnya yang gembira dengan pertunangan ini.
“Semestinya saya gembira, akhirnya kami bertunang selepas enam tahun berkawan. Pada masa sama, saya sendiri perlu lebih bersedia untuk menjadi isteri orang,” tambahnya lagi. (rtky/m)
https://www.youtube.com/watch?v=FhADicrvk-k
YE LAH…………………………………KAWIN LE CEPAT CEPAT AKIM OI………………………….BIBIR PON DAH KETAP KETAP MACAM GITU……………………………GERAM SANGAT LE TU……………………………………
hahahahaha..
kak Tija raya qurban kat mana?
Kak Bed mana?
SORY SHARNIZ……………………….KAK TIJA BARU PERASAN………………………RAYA TAHON NI KAWASAN PERUMAHAN AKAK TUMBANG 5 EKOR LEMBU…………………….DAPAT BANYAK GAK DAGING TAHON NI……………………2 KILO LEBIH TULANG SIKIT…………………..KAK BEDAH TAK DE PON DUA TIGA HARI NI……………………..NURUL PON TAK KOMEN………………………DEMAM KE CAYANG………………………
tahniah!
moga bahgia & sweet cam Che Ta & Zain!!!!!!!!! miss them serta Aishah!!!!!!!
Nk kwin, kwin je laa.. dah “tut” pon. Apa nk heran. Next plsss!!!!
bagoslah macam nie….
Ye dok ank angkat stacy tu ank dia nge akim…?ye dok??
Bertunang lama tak manis baik cepat selesai masalah orang mengumpat