Tahniah kami ucapkan kepada Akim Ahmad dan juga Stacy AF yang telah selamat bertunang hari ini. Berita tersebut telah dikongsikan bersama oleh Hlive! malah Akim turut menyatakan rasa gembira di dalam muatnaik di sosial media portal tersebut.

BACA: Akim Ahmad Tutup Pintu Hati Untuk Perempuan Lain


Akim Ahmad, Stacy AF Selamat Bertunang - ROTIKAYA_in

“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” jelasnya.

Melalui perkongsian itu juga, peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga dan kekal bahagia till jannah. (rtky/s)