fbpx

Keluarga Kecewa Pelakon Trilogi Cinta — Siti Fazurina Kahwin Lari

Nama Siti Fazurina pernahlah lalu di'telinga kami tetapi tidaklah kami kenal mana — yang pasti hari ini keluarganya kecewa keputusan ini untuk kahwin lari.

Pelakon yang mula di'kenali menerusi drama Trilogi Cinta ini di'laporkan telah membelakangkan keluarga dengan menikahi seorang jejaka berusia 30'an di Pulau Pinang.

Pernikahan pasangan ini berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudara Siti Fazurina s

endiri.

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita”

“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,” ujar keluarga Siti Fazurina yang di'hubungi mStar Online baru baru ini.

“Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki”

zp8497586rq