Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) pada Sabtu lalu.
Memetik mStar Online, anak gadis Nora berusia 21 tahun itu berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.
BACA: “Yang Kahwin Berpuluh Tahun Tak Ada Tayang Menayang” – Anak Tiri Nora Ariffin Tayang Foto Ibu Bapa
“Saya mula pakai tudung dari umur enam tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham).
“Saya hanya nak mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walau dah tak bertudung.
“Orang lain boleh buat cerita apa saja tetapi keputusan saya membuka tudung bukan untuk mencetuskan kontroversi atau memberontak,” katanya.
Sementara itu, Dahlia berkata keluarga menyokong keputusannya itu selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
“Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik.
“Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.
“Kalau nak ikut cakap orang sampai bila-bila pun saya rasa kita boleh jadi gila. Contoh terbaik adalah keluarga saya, mak saya artis dia kena ikut cakap orang sampai sekarang dah jadi gila. Saya saja anak yang pentingkan kesihatan mental,” katanya.
Dalam pada itu, Dahlia yang sibuk dengan persiapan album barunya turut merancang untuk menukar nama pentasnya kepada Dahlia serta enggan dikaitkan lagi dengan imej Muslimah.
“Saya sebenarnya tak baca komen atau kecaman netizen. Bukan saya tidak peduli tetapi saya sedang fokus untuk album baharu. Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik.
“Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja,” katanya.
Sumber: mStar Online