fbpx

Keluarga Aiman Tino Hantar Rombongan Merisik

Perkongsian Aiman Tino menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan video memaparkan ibunya menyarung cincin ke jari manis kekasihnya.

Memetik mStar Online, ibu kepada Aiman iaitu Hazelina Abd Jalil mengesahkan menghantar rombongan merisik teman wanita anaknya itu dikenali sebagai Syarah Haifa semalam.

BACA: 10 Ahli Keluarga Aiman Tino Positif Covid-19

Menurut Hazelina, sebagai ibu dia merestui pilihan anaknya itu serta mengatakan itu pertami kali dia bertemu dengan kekasih ankanya dan berharap hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

“Semalam hanya majlis merisik sahaja. Sekadar sesi suai kenal antara kedua belah keluarga. Itu pun kali pertama saya berjumpa Syarah.

“Ini adalah pilihan Aiman dan sebagai ibu pastinya saya merestui hubungan tersebut. Mereka sudah lama berkenalan dan Aiman mula cakap untuk ke fasa seterusnya sejak beberapa bulan lalu. Apabila dia sudah tergerak hati, maka saya dan ayahnya menyokong keputusan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Hazelina berkata mereka masih belum menetapkan tarikh dan perbincangan akan dibuat kedua-kedua belah pihak. Hazelina turut menyifatkan bakal menantunya seorang yang cantik dan lemah lembut.

“Saya tak boleh nak cakap lebih-lebih soal kahwin kerana belum ada perancangan. Perbincangan akan dibuat antara keluarga kedua-dua belah pihak nanti.

“Syarah seorang yang cantik dan lemah-lembut. Keluarganya juga menerima kami dengan baik. Saya harap peminat Aiman juga dapat merestui hubungan mereka,” katanya.