fbpx

10 Ahli Keluarga Aiman Tino Positif Covid-19

Bapa kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Yusri Ishak memaklumkan 10 anggota keluarga termasuk dia dan isteri, Hazelina Mat Jalil disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari lalu.

Menurut Yusri, dia dan isteri serta lima anak mereka kini enjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

BACA: Dengar Cakap Ibu, Aiman Tino Putuskan Hubungan Dengan Kekasih

Manakala, anak sulungnya Nurfara Ain, dan suami, Mohd Zafril, serta anak mereka, Muhammad Adam Zafri yang berusia sebulan lebih menjalani kuarantin secara berasing di Bukit Jelutong, Shah Alam.

“Saya sekeluarga reda ujian Allah ini dan mengharapkan semuanya kembali seperti sedia kala. Orang tak kena Covid, mereka tak tahu peritnya. Kita nak telan air liur pun macam telan batu.”

“Simptom kami alami seperti demam, batuk dan sakit tekak. Cuma yang teruk sedikit sekarang isteri sebab dia mengalami asma.
“Keadaan beransur pulih tapi saya nak ingatkan, Covid-19 bukan benda main-main. Tolong jaga diri semua sebab selagi belum berlaku kepada kalian dan orang tersayang, kalian ingat benda ini tak serius,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusri berkata Aiman tidak dijangkiti wabak tersebut memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.

“Nak cerita lebih saya tak tahu punca dari mana tapi selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin, saya demam. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan keputusan positif untuk kebanyakan daripada kami,” katanya.