“Keluar Dari Perut Mak, Saya Sebut ‘Sushu’ Bukan Susu”
Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu mempunyai slang tersendiri meskipun bercakap dalam bahasa Melayu.
Semalam, Caprice ada memuat naik video di Instagram menjawab persoalan daripada netizen yang bertanyakan adakah sejak lahir cara pertuturan dan slang Caprice sebegitu.
BACA: Caprice Selamat Tiba Di Malaysia, Naik Kenderaan Polis Ke Tempat Kuarantin
Seolah tiada kesudahan apabila ditanya soalan yang sama berulang kali, Caprice secara berseloroh memberitahu dia memang sudah bertutur seperti itu sejak lahir lagi.
View this post on Instagram
“Tak habis-habis orang tanya pasal slang…ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan susu. Itulah slang saya. Saya cuba yang terbaik. Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia lagi teruk,” katanya.
Sebelum ini, Caprice pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.
Semalam, Caprice selamat tiba di Malaysia selepas hampir dua bulan berada di Jordan bagi menjalankan misi #RoadToGaza. Bagaimanapun dia tidak mendapat kebenaran memasuki Gaza dan meneruskan misinya dari Jordan.
Shushu tokmu lorrr poyo x sudah…. Dah ler kecut telorr ngan Israel… Jihad konon… Poyo x sudah ler lu… Lu dtg kampung baru kita sebat ko depan org.
” keluar je dari perut ibu terus ckp sushu…wah hebat kaw.., bukan sebut ..wah nenen..nenen..nenen..ke?. seeloknya tanya..mak ok ke?,,sakit tak lahirkan saya..gitu..agak2 siapa yg sihat…dan siapa yg sakit..!..gitu..yo..yo..yo..
Dah mak pak dia didik cmtu, tu laa hasil dia. Dlm Quran ada sebut, setiap bayi dilahirkan spt kain putih bersih yg mencorakkannya ialah ibubapa mrk.
orang tua si capai nie asal @ ceruk kampung mane.. england.. usa?? bapa pegawai diplomat & ibu dia.. nampak sgt didikan si anak tidak terhormat!
dibesarkan di luar negara bertambah ilmu tapi si capai ni menyerlah bengong @ bodoh! kata org melayu tapi tak habis2 dgn menampakan “kemaluan” sendiri!
Geng la ko dgn ajai. Dia pun sebut syerasyi bersyama. Boleh buat duet.
Caprice, kalau aku jadi mak kau, sumpah aku malu. Sumpah malu.
Tipu !!!
Owh gitu. Anak2 sy pulak lahir2 terus sebut sebijik2 tak slang langsung.. mungkin ada cikgu dlm rahim saya ajar diorg cakap.. haha