fbpx

Selepas dua bulan berada di Mesir bagi menjalankan misi #RoadToGaza, penyanyi rap Caprice akhirnya selamt tiba di Malaysia.

Caprice sempat memuat naik video dan beberapa gambar di Instagram ketika dalam pesawat menuju ke Malaysia dan setibanya di Tanah Air.

BACA: Lebih Dua Bulan Di Mesir, Caprice Balik Malaysia Hari Ini

Sebaik tiba di tanah air, Caprice dibawa menaik van putih yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke tempat kuarantin.

Menerusi video di IG Story, Caprice berkongsikan proses sebelum ke tempat kuarantin serta memberikan kerjasama yang baik dengan memberikan butiran-butiran untuk disemak oleh frontliner.

Terdahulu, Caprice meninggalkan Malaysia untuk misi ke Gaza, Palestin pada 23 Jun lalu. Bagaimanapun dia tidak mendapat kebenaran memasuki Gaza dan meneruskan misinya dari Jordan.

Sebelum ini, kecoh apabila mengenai kemelutnya dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza.