Okay, kami sudah periksa yang malam ini Khairul Fahmi Che Mat tidak mempunyai sebarang game dan harapnya isu ini tidak ganggu fokus bola sepak beliau.

Petang tadi, melalui Twitter rasmi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) mengumumkan secara tidak rasmi akan wujud’nya kelab peminat beliau sendiri.

Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) walaubagaimanapun mengenakan bayaran yang pada kami agak kurang munasabah di zaman Mark Zuckerberg ini.

Menurut borang pendaftaran yang kami muat turun, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak RM250 untuk menjadi ahli kelab tersebut dan mereka di’bawah 18 tahun, hanya RM150. 

Menariknya, selain menerima beberapa barangan cenderahati tipikal sebuah kelab peminat, bayaran itu nampaknya termasuk satu pakej khas insurans perlindungan diri yang kami rasa satu trick.

Kenapa perlu ada insurans perlindungan diri untuk sebuah kelab peminat seorang pemain bola sepak tersohor Malaysia? Adakah Apex kini seorang agen insurans atau ada pihak yang memanipulasi populariti Khairul Fahmi Che Mat?