fbpx

Kekasih Zarina Anjoulie Terkilan Dengan Teguran PU Syed

Semalam hangat diperkatakan apabila Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri memberikan teguran secara terbuka kepada Zarina Anjoulie dan kekasihnya Eilyas Azhar yang didakwa dengan sengaja memuat naik video mesra untuk tetapan umum.

PU Syed turut memberi pesanan kepada Zarina supaya takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan di media sosial yang berani melanggar batas yang dilarang dalam agama.  PU Syed berharap agar teguran yang diberikannya itu akan sampai kepada Zarina dan pasangannya.

BACA: PU Syed Tegur Video Mesra Zarina Anjoulie & Kekasih

Bagaimanapun, kekasih Zarina, Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas nampaknya kurang senang dengan teguran PU Syed itu dan meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Insta Story.

Tampil mempertahankan maruah dirinya dan Zarina, Yas mengakui kesilapan mereka berdua serta memberitahu sebelum ini PU Syed pernah memberi teguran yang sama.

Yas berkata dia pernah menghubungi PU Syed menerusi Instagram untuk bertanyakan beberapa persoalan mengenai lebih lanjut urusan perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta meminta jalan penyelesaian dari pendakwah berkenaan.

Namun, PU Syed meminta pasangan ini merujuk urusan berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta turut meminta pendapat daripada beberapa pendakwah seperti PU Azman dan PU Amin.

Yas berkata PU Syed kemudiannya memadamkan muat naik tegurannya itu. Bagaimanapun, Yas meluahkan rasa kecewa apabila PU Syed sekali lagi memuat naik posting menegur mereka buat kali kedua.

 

Yas berpendapat sekiranya pendakwah itu ingin menegur perbuatan mereka, dia sepatutnya boleh menghubungi mereka secara peribadi dan bukan melakukannya secara umum.