Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat
Dia hot dan dia seksi. Okay, rasanya cukup dua perkataan itu untuk menggambarkan aktor kacak Keith Foo. Itu pun sudah cukup membuatkan kakak-kakak dan makcik-makcik ‘histeria’, kan.
Semuanya gara-gara penangan drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Ariana Rose malah akui Keith sendiri sehingga kini ramai peminat tetap memanggilnya dengan nama Tengku Adam Kamil — nama wataknya dalam drama tersebut.
Mempunyai ramai peminat, jejaka kacukan Cina-India ini beruntung dan tambah beruntung apabila dia juga mempunyai seorang teman wanita yang cukup sporting dan selamba.
Bertemu beliau di lokasi penggambaran filem drama-romantik, Kelip-Kelip di Kuala Selangor malam tadi, Keith Foo berkata teman wanitanya itu tidak kisah jikalau ada peminat yang datang menghampirinya dan mahu mengambil gambar bersama.
“Kalau peminat mengurumuni saya, teman wanita saya hanya akan gelak saja. Pada dia, situasi tu kelakar sebab dia tak biasa melihat keadaan itu. Dia tak lah cemburu malah dia akan memberi peluang seketika untuk peminat-peminat bergambar dengan saya. Tapi dia sentiasa berpesan supaya saya bawa diri baik-baik”
“Saya hormati peminat-peminat saya kerana merekalah saya berada hingga ke tahap ini. Kalau boleh saya nak bersalaman dengan setiap orang daripada mereka dan mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka terhadap saya,” katanya mengulas mengenai situasinya setiap menghadapi peminat fanatik.
Kelip Kelip Filem Pertama Keith Foo Galas Watak Utama
Beralih pula tentang Kelip-Kelip, ini merupakan filem pertamanya menggalaskan watak utama. Dalam filem arahan pengarah Virginia (sedia terkenal dengan karya-karya komersial), Keith berpasangan dengan pelakon baru Nur Risteena.
Dari segi cabaran untuk watak kali ini, kata Keith, dia perlu memastikan pembawakan lakonan karakternya bebeza antara di dalam drama dan filem.
“Ini merupakan kali pertama saya memengang watak utama untuk filem. Seronok sepanjang bekerja dengan produksi ini. Dari segi cabaran, tak terlalu banyak. Cuma saya perlu bezakan antara lakonan saya di dalam drama dan filem. Saya banyak bertanya dan berkongsi pendapat dengan pengarah. Selain itu, rakan pelakon seperti Bront dan Azad juga banyak membantu saya,” katanya.
Kelip-Kelip sudah menjalani penggambaran selama sebulan dan berbaki dua hari lagi penggambaran. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Azad Jasmin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Keith juga menantikan filem lakonannya, ‘Pilot Cafe’. Dia juga akan ke Bali tidak lama lagi bagi menjalani penggambaran drama ‘Kasih Berbisik’. (rtky/fr)
X SUNAT!
memang lah tak sunat . dia bukan islam. apa punya soalan la
Apalah ko ni misfah ni hahaaa . hal sunat yg dibangkitkan. Pgi msuk skola balik laaa.
ingat org islam je ke yg sunat??pelik betull
bestlah keith dlm setiap lakonan ada kemajuan..good luck..jgn lupa diri ok..
hopefully fans nak keith digandingkan dgn fathia semula….penerbit & tuan direcor
jgn hampakan fans….good job
Hahaha..ape kena mengena ngn tak sunat?tergelak besar aku baca,..hahahaha..mmg misfah ni fikiran 18sx.
dia nie baik sungguh mmg semua org dia salam baru jumpe minggu lepas teruskan sikap merendah diri yea…
Heroin tak best ler plak! cari ler heroin yg cantik mcm fathia tu baru sepadan ngan kekacakan Keith Foo…
misfah ni stok stok mulut jahat yang cakap pakai lutut. kalau org buat statement, komen jahat dia paling laju.
tgk heroin ni teringat cerita playboy yang tak dapat sambutan.ekekeke
Kelakau aku baca komen…lagi klakau org bgadoh pasal benda xbg manfaat..
Rilex2 sudah..
Encem…bahsa mlayu x pelat..i like
sifat mcm nieh yg perlu dicontohi.. wlaupun brlainan bangsa,, dy humble person sngat2 .. lakonan dy pon best.. xsombong.. LIKE.. moga dicontohi oleh org lain.. chaiyok2! goodLuck!
boroy a
nie lah kehidupan manusie bile artis artis terkenal updated gambar ckit mule la bergosip….bukan pe nak cari kesalahan owg..petah lagi kalau cerite sebaliknye memang meletop punye lah……..cerite pasal sunat x dapat kat dye ,cube dapat jadi girlfriend dye diam terus agaknye.
harap keith foo dpt diganding kn lg nga nur fathia…suke cgt tgk dorg b’dua…