fbpx

Kekasih Sajat ‘Serang’ Pegawai Polis Malaysia

Tiada angin tiada ribut, kekasih usahawan sensasi, Sajat iaitu Jad Issa atau lebih dikenali sebagai Jadoos secara tiba-tiba ‘menyerang’ pegawai kanan polis negara ini.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, kekasih Sajat itu dilihat memuat naik sekeping gambar mempersendakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dengan meletakkan topi di kepala dan berkaca mata hitam.

BACA: Sajat Kini Di Australia, Sudah ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia

Tidak hanya setakat itu, tangan kanan pegawai itu turut diletakkan gambar pizza manakala tangan kirinya pula memegang air minuman.

Bagaimanapun, tidak didapatikan motif sebenar kekasih Sajat yang merupakan warga Lubnan itu memuat naik gambar sedemikian.

Sebelum ini Abd. Jalil mengesahkan Sajat ditahan di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Semalam, hangat diperkatakan apabila menerusi IG Live Sajat memaklumkan dia kini berada di Australia dan sedang menjalani kuarantin.