fbpx

Kekasih Baru Shahz Jaszle: Saya Bukan Perampas!

Well girl, selamat datang ke dunia Shahz Jaszle dan anda kini sedang dalam permainan kasih sayang playboy selebriti terbesar dekad ini. Baru baru ini, gadis bernama Hanis Husna menjadi perhatian ramai setelah beliau mengakui bergelar kekasih baru Shahz Jaszle.

BACA: Tinggalkan Tunang, Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru

Bermacam gelaran diberikan terhadap gadis ini termasuklah istilah perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain selepas beliau telah didakwa menjadi punca Shahz Jaszle meninggalkan ‘tunang’ beliau, Redzwani Puteri.

Dalam satu kenytaan kepada Harian Metro, Hanis Husna meluahkan rasa sedih beliau terhadap tohmahan orang ramai yang menganggap dirinya sebagai perampas tetapi tidak mengetahui perkara atau cerita sebenar di sebalik hubungan mereka.

“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya”

“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar,” kata Hanis Husna yang dihubungi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Kah kah kah. (rtky/m)