fbpx

Kejutan Buat Aidil, Fasha Sandha Sahkan Hamil Tiga Minggu

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha berkongsikan berita gembira dengan mengumumkan bahawa dia kini sedang berbadan dua.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram suaminya, Aidil Aziz hari ini. Menerusi video tersebut, Fasha membuat kejutan buat suaminya dan kelihatan Aidil menangis kegembiran selepas mengetahui perkhabaran tersebut.

BACA: Fasha Sandha Nafi Spekulasi Sudah Hamil

Fasha memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Kata Fasha lagi, dia turut merasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.

“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan.Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif.

“Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Aidil turut mengucapkan syukur di atas rezeki yang diberikan serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk mereka.