fbpx

Fasha Sandha Nafi Spekulasi Sudah Hamil

Gara-gara kepsyen suami di Instagram, ramai menyangka Fasha Sandha kini sedang hamil cahaya mata pertama. Ramai turut gembira dan mengucapkan tahniah buat pasangan bahagia itu di media sosial.

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Tolak Tajaan Kahwin RM200,000

Bagaimanapun menerusi komen yang dibalas Fasha kepada salah seorang peminatnya, beliau bukanlah hamil. Jelas Fasha, masih terlalu awal untuknya hamil dulu selepas melangsungkan perkahwinan hujung Mac lalu.

Terdahulu Aidil Aziz menerusi Instagram memuat naik gambar mereka ketika membeli juadah di bazar berserta dengan kepsyen isterinya meminta pelbagai jenis makanan dan habis dimakan kesemuanya!

Kerana itu, ramai beranggapan Fasha seolah sedang mengidam dan Aidil pula seakan memberikan bayangan kepada peminat tentang berita baik itu. Amboi, dah nama pun puasa mestilah nak makan macam-macam kan! (rtky/w)