Kejar Saham Akhirat, Shuib & Siti Sarah Nak Bina Masjid
Perniagaan yang diusahakan kini semakin maju, pasangan selebriti dan usahawan berjaya Shuib Sepahtu dan Siti Sarah menyuarakan hasrat mereka untuk berkongsi rezeki dan menyumbang sesuatu yang memberi manfaat.
Mahu mengejar saham akhirat, Shuib dan Sarah berhasrat untuk membina masjid dan menghantar mereka yang kurang berkemampun untuk menunaikan ibadah umrah. Menurut Shuib, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membina masjid.
BACA: Shuib Hadiahkan Siti Sarah Jam Tangan Harga Puluhan Ribu Ringgit
“Saya dan Sarah pernah terfikir mahu membina masjid dan menghantar mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan umrah. Saya percaya dalam rezeki kita, ada juga bahagian orang lain.
“Saya bersemangat apabila ada pasangan selebriti yang membina masjid hasil keuntungan perniagaan mereka.
“Bagaimanapun, hati saya terdetik membina masjid sebelum mereka lagi. Saat dikurniakan rezeki, jangan kedekut untuk berkongsi,” katanya kepada BH Online.
Dilihat antara pasangan romantis dikalangan selebriti, bagaimanapun Shuib berkata ia sesuatu yang subjektif. Ujarnya, dia dan Sarah bahagia dengan cara mereka tersendiri.
“Soal bahagia sukar untuk diperjelaskan. Ada pasangan bergaduh manja atau cakap merepek sudah dikira romantik. Saya dan Sarah pula bahagia dengan cara tersendiri. Saya suka menyakat isteri,” katanya.
Suatu hari Twinkle Khanna bini si pelakon Aksyay Kumar sdg mandi di tepi2 pantai, lalu hanyut satu benda kuning mcm pisang, rupanya ” taik” manusia, lalu si twinkle khanna sedih sbb ada org buang najis mcm tu je, maka si laki sudahpun mmbina byk jamban di india dan di tmpt2 peranginan. Moral the story, bina dulu baru citer betul tak Aksyay Kumar..
Nak jugak bagitau hati terdetik nak bina masjid sebelum pasangan artis yang lain tu. Mana hang tau? Boleh baca hati & pemikiran orang lain ke? Hahaha
boring couple……
X payah citer kt satu dunia la. Ko nk ibadat ke nk mintak org puji?!
mula2 nk kecam..tp bgus la bina masjid dan tolong org..sbb itu dia murah rezeki..betul tak…