Terkesan dengan kedaifan hidup anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi terpanggil untuk membantu mengumpul dana bagi mengurangkan beban mereka.
Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil menjalankan satu kempen kutipan dana di Instagram miliknya memohon jasa baik pengikutnya menghulurkan sumbangan. Dana itu bertujuan untuk membaiki kediaman anak-anak tahfiz terletak di Cheras yang berdepan banyak kerosakan.
BACA: Pak Nil Sedih Koleksi Baju Melayu Sedondon Dikutuk Netizen
https://www.instagram.com/tv/CC787uOAGYh/?utm_source=ig_embed
“Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.
“Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekaligus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.
“Banyak sudah di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai-anai, malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan,” katanya.
Difahamkan, setakat ini sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya.
Aznil berkata sebelum ini dia pernah menganjurkan majlis khatam Al-Quran untuk anak tahfiz disitu. Malah, hatinya juga pernah terdetik untuk mengambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.