fbpx

Pak Nil Sedih Koleksi Baju Melayu Sedondon Dikutuk Netizen

Setiap tahun pasti ramai ternantikan koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh selebriti popular tanah air. Tahun ini tidak ketinggalan, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi turut mengeluarkan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi.

Bagaimanapun, Pak Nil meluahkan rasa sedih apabila ada netizen mengutuk dan mempersendakan koleksi baju Melayunya itu.

BACA: “Kalau Pak Nil Muda Pun, Tak Terikut Buat Macam Ini”

Menerusi Instagram, Pak Nil menjelaskan koleksi baju Melayu dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon itu diilhamkan daripada penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.

Katanya lagi, beliau mahu mengenang kembali koleksi pakaian yang pernah digayakan oleh penghibur serba boleh negara, Allahyarham Sudirman.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap agar Pak Nil tidak ambil peduli dengan kritikan serta kata-kata negatif netizen.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan Pak Nil kerana tampil berani mengembalikan semula koleksi Allahyarham Sudirman yang pernah popular satu ketika dahulu.

Kata netizen lagi, masih ramai lagi mereka diluar sana yang masih meminati baju Melayu fesyen lama. Netizen berkata, kebanyakan baju Melayu dipasaran zaman sekarang menampilkan potongan ketat yang dilihat tidak sopan untuk digayakan.