fbpx

Kejar Ferrari Justin Bieber — Paparazzi Mati Dilanggar Kereta Lain

Media Hollywood ketika ini sedang hangat memperkatakan tentang nasib seorang paparazzi yang telah meninggal dunia ketika mengejar kelibat Justin Bieber — kelibat kereta beliau lebih tepat.

Kerana ketika kejadian, paparazzi tersebut sedang mengejar kereta Ferrari putih milik Justin Bieber namun penyanyi tersebut di’khabarkan bukan pemandu ketika itu tetapi rakan beliau.

Ferrari yang di’pandu rakan Justin Bieber itu telah di’tahan pihak berkuasa untuk pemeriksaan rutin di sebuah jalan raya sebelum paparazzi yang turut mengekori itu berhenti sama untuk mengambil gambar.

Pegawai yang bertugas menasihatkan paparazzi itu untuk beredar kerana keadaan yang tidak selamat sebelum sebuah kereta melanggar paparazzi tersebut & terbunuh di tempat kejadian.

Laporan turut menyebut yang dadah dan pengaruh alkohol bukan punca kemalangan ini — LAPD masih menyiasat di tempat kejadian.