Keith Foo, Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan Julai Depan
Memang tidak tergambar perasaan teruja Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Menurutnya, kandungan isterinya, Kim Raymond sudah memasuki enam bulan dan bakal menimang cahaya mata pertama mereka sekitar Julai depan. Namun apa yang lebih menyeronokkan lagi pasangan ini bakal menimang bayi perempuan.
BACA: Keith Foo Bakal Bergelar Bapa
“Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan. Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu”
“Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan. Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai perkembangan terbaru kesihatan isterinya yang hamil.
Sebelum ini Keith ada mengakui dirinya secara tiba-tiba gemar makan coklat setiap hari. Rupanya ianya adalah tempias isterinya yang hamil. Malah jelasnya lagi, kerjaya seninya turut dihentikan buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada isterinya yang hamil. (rtky/w)
Cerita pasal keith foo pulak!!!!!!!!mana cerita azmi??????dah 4 hr dh dia nikah..
tak tshu
Jangan la marah kak.. tak baik tau
selamat ya
wah
Semak dgn komen kak nam dgn eleena bodoh tue…psycho attention seeker….jijiks
congrats… must be a sweet baby girl.
Sweetnya! Tahniah..
Msti comey ank diaorg….
Poyo lah kak nam…sorry…x minat faye