fbpx

Keith Foo Akui Sudah Kahwin Tahun Lalu

Sebelum ini, pelakon tampan Keith Foo menyatakan bahawa dia sebenarnya mahu berkahwin dengan pilihan hatinya, Kim Raymond pada tahun lalu lagi dan sebenarnya, perkara itu sudah pun terlaksana namun tidak dikongsikan kepada umum secara meluas.

BACA: Keith Foo Kena Denda RM100 Sebab Maki Polis

Melalui laporan BH Online, perkara itu didedahkan sendiri oleh pelakon lelaki tersebut di dalam majalah fesyen. Selain itu, pasangan ini dijangka akan diraikan pada penghujung tahun ini di Gemas, Negeri Sembilan.

“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” jelasnya kepada majalah tersebut. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan jawapan yang keluar daripada mulut empunya badan masih lagi tidak berjawab.

Mengapa pelakon itu tidak mahu mendedahkan serta berkongsi perkara yang baik itu masih lagi menjadi tanda tanya. Apa pun, pastinya Keith mempunyai jawapan dan sebab tersendiri di atas tindakannya itu. Kami kongsikan gambar Keith Foo dan isterinya bercuti di Eropah bersama-sama. Enjoice! (rtky/s)