fbpx

“Kehidupan Saya Kini Lebih Bahagia Kerana Ada Peneman”

Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Nabila Huda memberitahu dia kini lebih bahagia dalam melayari bahtera perkahwinannya itu.

BACA: Nabila Huda Tidak Kisah Jika Anak Ramai

“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih bahagia kerana ada penyeri dan peneman saya. Banyak perkara kami lakukan bersama seperti memasak,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Munafik.

Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil turut menganggap perkahwinannya kali ke-2 ini ialah perkahwinan pertama bagi dirinya kerana perkahwinan lepas banyak mengajarnya erti kehidupan.

“Perkahwinan yang ini saya anggap seperti perkahwinan pertama saya kerana sebelum ini saya tidak dapat menikmati sepenuhnya kerana mungkin ketika itu saya masih muda lagi. Sekarang Alhamdulillah saya begitu bahagia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri,” ujarnya.

Bagaimanapun, perancangan untuk mendapatkan cahaya mata diserahkan pada Allah Taala dan rezeki.

“Saya hanya merancang Tuhan yang menentukan, bergantung pada rezeki Allah, kalau ada Alhamdulillah saya seronok,” katanya lagi. (rtky/h)