fbpx

“Kedekut Dengan Isteri & Anak-Anak, Binasa Hidup Kau”

Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menitipkan nasihat buat para suami di luar sana agar tidak kedekut berbelanja untuk isteri serta anak-anak.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM berkata ramai para suami di luar sana sembunykan duit gaji dan bonus daripada isteri serta sering mengatakan tiada duit.

BACA: Kak KM Berhabis RM10,000 Belanja 10 Staf Makan Malam

@sweetdarakmbeauty_marykl

Betul ke tak?? Kalau tak kedekut dengan anak isteri, rezeki suami akan jadi lebih murah. #kakkm #suamipemurah #murahrezeki

? original sound – sweetdara km beauty KL – sweetdara km beauty KL

Kata Kak KM, suami yang kedekit dengan isteri akan diduga dengan masalah dari segi duit dan akan lebih banyak duit keluar.

“Sebab ada banyak lelaki dekat luar sana yang sorok duit. Dapat gaji, dapat bonus, diam diam. Asyik cakap tak ada duit.

“Kau kena tahu satu hal. Kalau kau kedekut dengan isteri dan anak-anak, binasa hidup kau. Lagi kau sorok duit, duit itu akan hilang. Bukan hilang sebab toyol ambil. Ada saja masalah yang timbul contoh kereta rosak. Jadi, kau terpaksa keluar duit,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia kagum dengan suami yang akan menyerahkan kesemua duit gaji mereka kepada isteri untuk diuruskan.

“Dapat saja gaji bulat-bulat semua dia serah dekat bini. Lepas tu bini akan uruskan semua. Makna dia tak pegang langsung duit. Kalau dia nak duit makan ke barulah dia minta. Aku memang respect orang macam ini,” katanya.