fbpx

Kak KM Berhabis RM10,000 Belanja 10 Staf Makan Malam

Sebut saja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai tahu usahawan itu sememangnya tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan ahli keluarganya.

Bukan itu saja, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu juga turut bersikap permurah dan sanggup berhabis puluhan ribu untuk belanja 10 pekerjanya makan malam.

BACA: Kak KM Hadiahkan Anak Rantai Perut Emas

@sweetdara.kmbeauty

Belanja staff km.. #kmbeauty

? original sound – Saintbaily – Saintbaily

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM berkata dia tidak kisah membelanjakan wang yang banyak untuk menggembirakan pekerjanya.

Dalam perkongsian itu juga, dapat dilihat para pekerjanya dilihat tersenyum serta turut mengucapkan terima kasih kepada Kak KM. Kak KM turut memaparkan dua keping resit yang mana apabila digabungkan jumlahnya bernilai RM9,648.85.

Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap usahawan serta menyifatkannya sebagai majikan yang tidak berkira dengan pekerjanya.