Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi
Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila memuat naik video mendakwa kedai air boba milik anaknya iaitu Cik B disihir.
Menerusi video itu, Vida meluahkan rasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Lova Cik B itu sedangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan jalan raya.
BACA: Tudung Berlambak Sampai DSV Tak Tahu Mana Mahal, Mana Murah
View this post on Instagram
Kata Vida lagi, ada pelanggan kecewa apabila sampai ke lokasi berkenaan mengatakan kedai ditutup sedangkan ia dibuka setiap hari.
Jelasnya lagi, pada awalnya dia enggan percaya kedai tersebut telah disihir namun akhirnya percaya selepas berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam.
“Saya nak cakap saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tapi saya nak beritahu sihir orang nampak kedai tutup, tak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok,” katanya.
Menerusi video dikongsikan, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai dan individu yang menghantar sihir meletakkan ‘barangan’ tersebut pada pokok berkenaan.
Kata Vida lagi, dia sendiri ke lokasi kedai tersebut pada jam 3 pagi untuk membuang pokok pisang berkenaan. Dalam pada itu, Vida berkata dia tahu siapa yang melakukan perbuatan khianat itu namun tidak mahu memperbesarkan hal itu.
“Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini tiba-tiba ramai menjadi kosong. Bukan orang tak mahu datang, tapi mereka kecewa cari kedai tak jumpa,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Susah nak percaya.
Mungkin boba tu mahal atau tak sedap. Boba so 2020..skrg org minum air zam zam musim haji!
Memang pernah berlaku pd satu ketika dulu member aku bukak kedai meniaga awal2 banyak pelanggan. Satu hari tu entah macam mana pelanggan ngadu tak dapat keluar. Dekat sejam jugaklah. Selepas disiasat rupanya pintu dikunci sebab member aku buat business rumah urut. Semua pelanggan termasuk ayam indon disumbat ke balai…. sekian!
Dengan ko sekali kena sumbat ari tu kan…….wkwkwk
NAK BERHUSNUZON BOLEHHHH…?
MUNGKIN PELANGGAN DAH KENA DIABETIC SEBAB GULA TINGGI … KOLESTEROL TINGGI SEBAB KEJU DAN HOTDOG… DOCTOR SURUH JAGA MAKAN JANGAN SAMPAI POTONG KAKI… TU YG TAK MAI LAGI KEDAI…
CER PROMO BELI SATU DAPAT TUDUNG BRANDED LV, CHRISTIAN DIOR.. MAU BERATUR SAMPAI HUJUNG JALAN KAMPUNG SEBELAH.. YG BERWILCHAAA PUN AKAN BERATUR SAMA!
Ada lagi ke org minum bobba neh? Apa khasiat selain besok2 ko bakal makan ubat kencing manis?
Takde kerja lain, nak mengutuk Melayu je kerjanya. Bisnes gagal salahkan org Melayu, kaum dia sendiri. Dia igt semua bisnes mesti berjaya.
Member aku x jumpa jalan ke Suria KLCC tak pernah pun ckp org sihirkan Suria KLCC.
Dah tu jumpa ustaz perubatan. Apa lg, ust perubatan ni mmg takde kerja lain, mmg dia akan ckp sihir, sbb dah dia cari makan cara tu
Kesan inflasi.. org mana ada duit sekarang wey. Market ko B40 kan?
Sekali try je..lepas tu tak repeat kot.
Bila dah tak laku sikit2 kena sihir. Pakai tas tangan Gusi tp fikiran tetap feudal.
KEPERCAYAAAN KURAFAT..
Korang beli lah product dia …mesti terkena sihir …
Dia mcm ni kot. Dulu2 org serbu sbb corndog dgn air boba tgh viral. Xleh nak expect org nak telan benda sama je sampai skang. Org pun jemu gak. Lepas tu aku baca kt ig dia, dato vida ckp kedai buka dr pukul 3pm – 10pm. Selalu kedai2 lain buka kul 10am. So mybe yg ckp kedai tutup tu sbb dia dtg sblm kul 3pm
Tak baiknye cakap tumbuhan dari Allah kesat macam tu.
benda viral biasanye hangat kejap je…. orang nak merasa sekali, klu sedap bole repeat byk klu, klu xsedap emm mcm tula,…. rege pun jgn la keras sgt
knp dia tebang pokok pisang jam 3 pagi, tak takut ker masih tebang mmg ada Jin di pokok, lagi kalau Jin Islam yg sdg ibadah jam 3 pagi, mmg Dato Vida dia suka buat kerja jam 3 pagi ehk?
Aku kalu mok cik ni buat cerita dlm 10 cerita 11 aku tak picaya. Tp kali ni aku picaya sbb cuba korang tengok gambar dia, bukan gambar pokok pisang ye. Gambar dia yg betul2 rupa paras ori dia yg takde makep lansung. Muka jam 3 pagi. Aku picaya abis kali ni.