Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Renjis Air Daun Bidara Halau Jin
Baru-baru ini, perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila memuat naik video mendakwa kedai air boba milik anaknya iaitu Cik B telah disihir.
Vida meluahkan rasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Lova Cik B itu sedangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan jalan raya.
BACA: Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi
Malah, Vida turut ke lokasi kedai tersebut pada jam 3 pagi untuk membuang pokok pisang berkenaan dipercayai individu yang menghantar sihir meletakkan ‘barangan’ tersebut pada pokok berkenaan.
@datoserividaofficial Replying to @esok2lupa baru tebang pokok pisang tu dah naik balik ! Saya ikhtiar ikut ajaran ustaz #fypppppppppppppp #sihir #datoserivida #fyp??viral?tiktok #foryou #fyp #dsv #fyp??viral #cikb #cikbobalova #dsvkuikhlaskan
Terbaru, Vida memuat naik video merenjis air daun bidara di sekitar kawasan kedai Cik B seperti disarankan oleh ustaz untuk membuang sihir tersebut. Vida turut memaklumkan pokok pisang berhampiran kedai itu turut ditebang sekali lagi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Vida berkata ustaz turut mengatakan terlihat tanah kubur serta sawang labah-labah berhampiran kedai Cik B.
Terdahulu, Vida berkata dia tahu siapa yang melakukan perbuatan khianat itu namun tidak mahu memperbesarkan hal itu.
- SUMBER
- Ohmymedia
Vida sendiri pun perangai macam jin.
Jin mana yg berani berlawan ngan mokcik ni? Kebanyakan jin akan cabut lari bila nampak pompuan ni.