fbpx

Kecoh Isteri Hamil, Haqiem Rusli Bergurau Sahaja

Baru-baru ini tular khabar angin mendakwa isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofia didakwa sedang hamil anak pertama.

Ia berikutan tular video oleh jurufoto Aqo Imram dimana Haqiem seolah memberi bayagan akan menimang anak pertama.

BACA: Isteri Haqiem Rusli Hamil?

Bagaimana, Haqiem memberitahu semuanya hanya salah dan faham dan kenyataannya dalam video tersebut hanya gurauan semata-mata.

“Ramai yang sudah muat naik video saya akan menimang anak pertama. Semua itu hanya gurauan dengan Aqo, dia yang rakam.

“Buat masa sekarang belum ada lagi (anak) tetapi kami minta doa anda semua supaya dapat menimang anak pertama. Jangan salah faham,” katanya.

Terdahulu, dalam satu temu bual bersama prgoram hiburan Haqiem berkata belum ada berita baik mengenai cahaya mata namun akan berkongsikan kepada umum jika isterinya disahkan hamil.