fbpx

Isteri Haqiem Rusli Hamil?

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, sudah pasti ramai peminat penyanyi Haqiem Rusli ternanti-nanti tentang berita kehamilan isterinya, Anis Sofea.

Baru-baru ini, perkongsian video oleh seorang jurufoto, Aqo Imran menimbulkan tanda tanya netizen dengan kenyataan daripada Haqiem.

BACA: Isteri Haqiem Rusli Ditegur Panggil Suami Dengan Nama Di IG Live

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran)

Menerusi video itu, Haqiem memberitahu ‘anak coming soon’ sekaligus meninggalkan tanda tanya adakah isterinya kini sudah berbadan dua.

Difahamkan, Haqiem membuat kenyataan itu selepas jurufoto itu menegur Anis Sofea dilihat semakin cantik berseri-seri.

Aqo Imran berkata lagi, sekejap sahaja masa berlalu kerana baru sahaja mengambil gambar perkahwinan mereka serta mengucapkan selamat maju jaya buat pasangan itu.

Terdahulu, dalam satu temu bual bersama prgoram hiburan Haqiem berkata belum ada berita baik mengenai cahaya mata namun akan berkongsikan kepada umum jika isterinya disahkan hamil.