fbpx

Kecewa Kes Meningkat, Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

Melihatkan kes Covid-19 naik mendadak sehingga 17,045 sehari, menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kecewanya.

Dalam entri tersebut, Lana turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jatawan serta merta.

BACA: Lana Nodin Dipuji Jaga Solat Ketika Shooting

Malah, Lana turut menyifatkan foto DG Hisham yang sempat diambil oleh pihak media berada dalam keadaan sedih dan penat hanya lakonan semata-mata.

“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat Samarinda. Hebat KKM. Tahniah la DG (Hisham)..Ko ni patut stepdown dah. Tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat tapi semua itu ko berlakon sahaja!!

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata ko itu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jad*h ini? #StepdownDG #KerajaanKoyak #KerajaanGagal,” tulisnya.

Lana turut berkongsikan video meluahkan rasa tidak puas hati apabila anggota pengurusan jenazah tidak memakai sut perlindungan diri (PPE) dilihat sedang memakai pemeriksaan ke atas jenazah Covid-19.

Tidak hanya setakat itu, Lana kemudian memuat naik perkongsian netizen mendedahkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu tidak memakai topeng pelitup muka ketika berada di pejabat Menteri Kesihatan serta mempersoalkan SOP yang patut diamalkan.

Dalam pada itu, Lana menegaskan tujuan dia memuat naik video berkenaan kerana tertanya-tanya mengapa individu berbaju hitam itu boleh menguruskan jenazah tnapa memakai PPE lengkap.

Ujarnya lagi, jika benar bahaya sehingga ahli keluarga tidak boleh kebumikan mengapa individu tersebut selamba masuk ke tempat penyimpanan jenazah tanpa sebarang pelindungan.