Nampaknya pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya, Muiz Nasrudin hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan kehadiran orang ketiga yang dipercayai mengaitkan pelakon Aidit Noh.

Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan, Muizz berkata segala kebenaran pasti akan terbukti satu hati nanti. Ujarnya lagi, dia tahu apa yang terjadi dan percaya Allah akan permudahkan urusan rumah tangganya.

BACA: “Saya Tak Kacau Isteri Orang”

“Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. Saya percaya Allah akan permudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih.

“Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri.  Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Muizz mengakui dia dan Nadia masih suami isteri yang sah dan tiada sebab untuk dia memadam gambar mereka di media sosial. Ujarnya lagi, kontroversi rumah tangga mereka itu langsung tidak memberi tekanan kepadanya.

“Status kami masih sah. Jadi buat apa saya nak padam gambar kami. Saya rasa orang boleh nilai sendiri. Saya tak berasa tertekan pun dengan apa yang terjadi sebab Allah ada.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan kehidupan. Itu saja yang boleh dikongsi buat masa sekarang,” katanya.

Terdahulu, Aidit menafikan dakwaan dia mengganggu rumah tangga pasangan terbabit sebaliknya menjelaskan hubungan dengan Nadia atas urusan kerja semata-mata.