“Keadaan Mak Saya Sangat-Sangat Tidak Baik”
Menerusi satu perkongsikan sebentar tadi, pelawak Achey memaklumkan keadaan ibunya, Ngasiah Hassan, 73 tahun yang dijangkiti Covid-19 dalam keadaan sangat tidak baik.
Achey turut meminta orang ramai mendoakan ibunya yang kini berada di tahap tiga Covid-19 dan sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.
BACA: Achey Risau 7 Ahli Keluarga Positif Covid-19, Ibu Ditiarapkan
“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini… tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang doa itu di isi untuk mak saya.. NGAISAH BTE HASSAN,” tulisnya.
Semalam, Achey memaklumkan ibunya masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap bagi memudahkan proses penafasan.
Achey berkata, keluarga mereka dijangkiti virus tersebut daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan sehingga seorang demi seorang dijangkiti.
Acik doakan ibu achey kembali sembuh. Aaamiinnn ya rabbal alaminn
amin yra