fbpx

Achey Risau 7 Ahli Keluarga Positif Covid-19, Ibu Ditiarapkan

Pelawak Achey berdepan dugaan besar apabila tujuh ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Lebih membimbangkan, ibunya, Ngasiah Hassan, 73 tahun menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga.

Menurut Achey, ibunya kini berada di Hospital Segamat, Johor dan terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit tahap empat memandangkan perlu pemantauan rapi.

BACA: Achey Dah Jual Lima Motosikal Tampung Kos Rawatan Ibu

“Hospital hubungi saya dan memaklumakn dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti radang masih dimasukkan dalam badna sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit.

“Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.

“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatand dia turun naik,” katanya.

Achey berkata, keluarga mereka dijangkiti virus tersebut daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan sehingga seorang demi seorang dijangkiti.

“Wabak ini berjangkit daripada pelanggan apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dana ibu saya masih dirawat di hospital.

“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuann dan anaknya pula positif. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin,” katanya.

Dalam pada itu, Achey berkata kemalangan menimpanya pada Julau lalu ada hikmahnya apabila dia dan isteri, Nor Hasanah menjadi runner untuk menghantar barangan keperluan di hospital dan rumah keluarganya.

“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya dirumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit.

“Bila semua kena, yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan,” katanya.