fbpx

Kawan Kawan, Ini Stacy Keibler Teman Wanita Baru George Clooney. Hmmph!

Sila cemburu. Lebih lebih lagi kepada semua lelaki foreveralone.jpg seperti kami di’luar sana.

Hero Hollywood kesayangan anda semua kini ada teman wanita baru & bukan calang calang orang’nya yang berjaya masuk ke senarai teman wanita George Clooney.

Stacy Keibler yang sebelum ini popular sebagai Diva WWE di’laporkan kini sedang bahagia bersama pememang Oscar George Clooney.

George Clooney yang bercerai pada tahun 1993 sehingga kini masih belum berumahtangga mempunyai rekod berpasangan dengan ramai selebriti wanita muda untuk jangkamasa pendek.

Paling akhir, Elisabetta Canalis, pengacara TV dari Itali yang George Clooney tinggalkan Jun lalu. Bad-ass uncle yeah?

Stacy Keibler di’khabarkan menulis melalui Twitter,”I’m in heaven. Life really could not be any better. I’m smiling all day long” yang di’percayai merujuk kepada persinggahan hujung minggu beliau ke villa George Clooney di Tasik Como, Itali.

Beberapa keping gambar Stacy Keibler untuk tatapan anda semua selepas ini. Amaran, not safe for puasa (NSFP)