Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai konten di media sosial.

Menerusi sesi Live itu, Zarina berkata itu adalah kali terakhir dia menyebut nama bekas tunangnya serta mahu Khazrul meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.

BACA: “Awak Dah 45 tahun, Dah Tunai Haji, Patutnya Lebih Matang” – Zarina Anjoulie

Malah, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata bekas tunangnya sepatutnya bersikap lebih matang apatah lagi sudah berusia 45 tahun serta menyebut lelaki itu sudah pun menunaikan ibadah Haji.

Terbaru, Khazrul pula dilihat membalas semula kenyataan Zarina menerusi satu muat naik di TikTok mengatakan dia sikit pun tidak takut dengan pelakon itu.

 

Ujarnya lagi, dia turut mempersilakan Zarina jika mahu membuka aib dirinya serta menegaskan dia tidak takut dengan ugutan bekas tunangnya itu.

Menurut Khazrul lagi, dia tiada masalah untuk berjumpa dengan ibu bapa Anju namun mendakwa pelakon itu yang tidak menjawab panggilan.