“Kau Ingat Kau Cantik” – Radhi OAG Jerit Dekat Bekas Isteri Sebab Enggan Selfie
Pada April tahun lalu, penyanyi Radhi OAG dituduh memukul dan mencederakan bekas isterinya di sekitar kediamannya di Kota Damansara.
Memetik Kosmo, dalam prosiding berlangsung semalam, bekas isteri Radhi iaitu Nur Shaira Ayu berkata bekas suaminya itu memaki hamunnya sebelum berlaku pergaduhan.
BACA: Radhi OAG Tak Malu Mengaku Belum Pandai Baca Al-Quran
Shaira berkata bekas suaminya itu memaki hamunnya dengan mengatakan ‘kau ingat kau bagus, kau ingat kau cantik’ hanya kerana dia enggan selfie bersama.
Kata Shaira lagi, dalam kejadian pada 19 April itu, dia sebagai saksi pendakwaan pertama berkata semuanya bermula apabila dia dan kakaknya mahu mengambil anak lelaki mereka di kondominium tersebut.
“Saya tidak datang seorang tetapi bersama kakak, anak perempuan dan tiga lagi anak buah. Apabila sampai di situ (rumah Radhi), saya kemudian terus naik ke atas bersama tiga anak buah.
“Sampai di rumah Radhi, saya terus mengambil anak lelaki yang sedang tidur di atas sofa lalu turun ke lobi,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas turun ke parkir, Radhi ada meminta untuk berbincang mengenai isu anak di tepi kereta sebelum pulang. Shaira turut mencadangkan untuk bergambar di luar kereta dan ketika itu Radhi mula marah.
“Radhi kemudian mengajak saya untuk berswafoto dalam kereta menggunakan telefonnya. Saya cakap tidak mahu rakam gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.
“Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan di situ permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya termasuk mengeluarkan perkataan kesat kerana marah kenapa tidak boleh berbaik untuk ambil gambar.
“Saya cakap elok-elok kenapa perlu marah? Kita ada kehidupan masing-masing dan tidak perlu ambil gambar sebegini,” katanya.
Bagaimanapun, berlaku insiden tolak menolak sebelum kakaknya datang meleraikan pergaduhan.
Susulan kejadian itu, Shaira membuat laporan polis pada hari yang sama serta berkata ada kesan lebam pada tangannya dan mengakui ada memukul tertuduh untuk mempertahankan diri.
- SUMBER
- Kosmo
Memang dia ni cantik pun.
Sekarang ni sudah bercerai dengan si Radhi bangap tu. Mungkin sesuai dengan Kazar.
Shaira dan seumpama baru sama taraf. Tak nak B40 yang pakai phone Android murah. Lepas tu hanya plan prepaid. Tak ada class lah! Kazar pakai iPhone 14 Pro, postpaid plan yang paling mahal.
Aiiikkkk dh bogel kepala????
Sayang dik muka cntik2 perjudikan nasib Di tgn mat pet.syukurlah DH cerai bina hidup baru
lelaki melayu tipikal perangai rempit
Menjerit sbb tak dpt ‘barang’ gamaknyer…
Jantan gila talak tu.
Betul bekas suami hanya nak selfie jangan lah over sangat rasa diri hot as if agreed like this part is too sombong is never In God grace is beautiful berlagak padahal born kampung rumah panjang. Rasa berkelas tapi asal dayak biashe perempuan zaman nowadays. Dulu kenape sibuk nak kahwin why choose marriage
Sukati aku. you are also Malay sibuk nak jadi bukan non malays padahal Muka melayu nama melayu mak Bapak melayu Tak de Campo wannabe
Lelaki melayu pun bagus lahh semua sama
#Stupid, she has been divorced from her husband thus she is free to do whatever she wants with NO obligation towards her X. Her X husband have no right to insist whatever he wants her to do whether for a selfie or otherwise. It is not a question of ‘ over ‘ but her right as a free woman. Get that into your numbskull.
Semoga dipermudahkan segala urusan,dan dapat diselesaikan dengan baik ,muhasabah diri dan mengembalikan semula hubungan silaturrahim demi membesarkan anak2