fbpx

Radhi OAG Tak Malu Mengaku Belum Pandai Baca Al-Quran

Vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi berkata dia tidak malu mengaku bahawa dia belum pandai membaca Al-Quran dan kini masih dalam fasa belajar.

Memetik BH Online, Radhi membuat pengakuan itu di hadapan lebih 2,000 penonton di Konsert AG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Ahad lalu.

BACA: Radhi OAG Bercinta Dengan Pelajar Umur 21 tahun

Radhi berkata lagi, dia turut meminta peminatnya mendoakan dirinya agar proses untuknya belajar membaca Al-Quran dipermudahkan.

“Sejujurnya, saya belum pandai membaca al-Quran dan masih belajar. Semoga Allah memberikan peluang untuk saya pandai membaca al-Quran, doakan saya insya-Allah,” katanya.

Turut menjadi perhatian ketika konsert tersebut, Radhi menyebut OAG yang juga singkatan bagi Old Automatic Garbage itu turut membawa erti Only Allah Greatest.

Malah, Radhi juga sentiasa mengajak peminat yang hadir ke konsert tersebut untuk berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.