fbpx

“Katalah Apa-Apa Saya Tak Terasa, Memang Suara Saya Sedap” – DSV

Nampaknya, makin menjadi-jadi apabila ramai founder produk tampil dengan single mereka meskipun dikecam teruk serta didakwa merosakkan industri muzik tanah air.

Termasuklah, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang dikecam teruk apabila tampil dengan kenyataan suaranya sedap.

BACA: “Jangan Kaitkan Saya Pasal Hadiah Tanah, Saya Tiada Kaitan” – DSV

Menerusi satu video bersama Iqbal Zulkefli baru-baru ini, Vida menafikan dakwaan mengatakan founder produk merupakan perosak industri muzik.

“Masuk bakul angkat sendiri. Biasalah orang-orang kayangan kat Malaysia puji diri sendiri. Bila netizen tegur salah netizen pula nanti,” kata seorang netizen.

“Cakaplah apa kat depa pun depa takkan terima realiti. Orang banyak duit ini semua benda betoi dan elok yang depa buat dan ada walaupun sebaliknya.

“Tahniah la kat ‘followers’ yang sentiasa ‘support’ golongan camni supaya depa lagi bertambah bangga pada diri,” tulis netizen lagi.

“Haram tak sedap suara awak Vida,” tulis netizen lain.

Dalam pada itu, Vida berkata dia tidak terasa dengan kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya serta turut mempertikaikan kredibiliti penyanyi dahulu.

“Suara saya sedap. Katalah apa-apa saya tak terasa. Memang suara saya sedap. Penyanyi dulu pun memang bukan bersuara sedap. Menyanyi satu, dua lagu kemudian dia menjadi bertambah baik. Saya juga begitu,” katanya.