fbpx

Kata Mahu Diamkan Diri, Faiz Roslan Sudah Kembali

Sejak awal Ramadan lalu, Instafamous Faiz Roslan menjadi topik bualan ramai selepas memuat naik video parodi berpakaian seksi dan menampilkan tarian yang tidak senonoh.

Namanya terus menjadi perhatian netizen apabila tampil dengan video baru dengan membuat pengakuan secara terbuka memberitahu bahawa dia tidak berpuasa.

BACA: “Minta Maaf, Saya Akan Berhenti Buat Video Dulu”

Selepas dikecam teruk oleh netizen, Faiz Roslan bertindak menutup akaun Instagram miliknya pada 31 Mei lalu. Menerusi Twitter Faiz Roslan memberitahu, dia memutuskan untuk tidak membuat video dalam masa waktu yang lama. Tambahnya lagi, dia akan mendiamkan diri sementara waktu.

Namun, semalam Faiz sudah kembali semula di laman Instagram dan memuat naik beberapa Insta Story dirinya bersama rakan-rakan sedang berbuka puasa.

Faiz juga turut memberitahu menerusi profil Instagramnya agar dilupakan kisah masa lalu serta memohon maaf di atas ketelanjurannya.

Apa-apa pun, diharap selepas ini Faiz akan berfikir semasak-masaknya sebelum memuat naik apa saja video di media sosial.