fbpx

“Minta Maaf, Saya Akan Berhenti Buat Video Dulu”

Bertindak menutup akaun Instagram kerana tidak tahan dikecam, Faiz Roslan akhirnya muncul menerusi Twitter, memohon maaf kepada semua. Jelasnya, beliau sedar pada ketika namanya sudah kotor dan menjadi pengajaran buatnya.

BACA: Isu Tak Puasa, Safiey Bimbang Faiz Roslan Bunuh Diri

Dalam masa yang sama, Faiz sempat menjelaskan mengapa beliau membuat pengakuan ‘live’ itu kerana terdapat beberapa individu melabelkan golongan ‘lembut’ seperti mereka tidak layak berpuasa. Kerana terlalu marah dengan kenyataan itu, Faiz berkata demikian.

Selain itu, Faiz juga turut menjelaskan tentang rakannya yang dilihat terang-terangan sedang makan. Katanya, rakannya itu sebenarnya sedang gastrik. Hmm *nampak macam sihat saja dalam video tu.

Kerana terlalu tertekan dengan kecaman orang sekeliling, Faiz juga memutuskan untuk tidak membuat video dalam masa waktu yang lama. (rtky/w)