fbpx

Di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza semalam, penampilan pengacara Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai apabila menggayakan sut berwarna oren.

Namun lebih mencuri perhatian adalah kasut yang dipakai oleh Nabil iaitu Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 yang digayakan bersama sut oren.

BACA: Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar, Nabil Ahmad & Isteri Padam Gambar Lama

Melihatkan kasut berkenaan, netizen pantas melakukan siasatan mencari harga kasut berkenaan di pasaran.

Perkongsian seorang pengguna Twitter @HarmanHarison menjadi bualan apabila mendedahkan kasut berkenaan dianggarkan berharga RM11,919.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengakui turut sama memerhati kasut yang dipakai oleh Nabil itu. Malah ada yang mengatakan Nabil sememangnya mengumpul koleksi kasut.