fbpx

Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar, Nabil Ahmad & Isteri Padam Gambar Lama

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berkata mengakui pemergian Allahyarham Siti Sarah beri kesan mendalam kepada dirinya dan isteri, Zira Ayub.

Nabil berkata, dia meluahkan rasa syukur melihat banyak perubahan isterinya ke arah lebih baik selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah.

BACA: Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

“Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur. Saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat.

“Saya doakan mereka terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian arwah Siti Sarah,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia dan isteri sudahpun memadam gambar-gambar lama. Nabil juga mengakui ujian paling besar untuknya adalah untuk kekal istiqamah.

“Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tak bertudung sebelum ini.

“Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah. Nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dulu rajin nak bangun. Lepas itu dah jadi slow.

“Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalanan hidup saya,” katanya.