fbpx

“Kasihan Neelofa Dapat Peminat Yang Memalukan”

Selepas berita pernikahan pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura semalam, tidak sah rasanya buat orang ramai jika tidak bercakap tentang Neelofa yang mula mula mencetuskan fenomena #lofattah tidak lama dahulu.

Beberapa jam sebelum berlangsungnya majlis pernikahan yang menjadi kontroversi itu, Neelofa ada memuatnaik satu video ke akaun Instagram beliau dan komen yang ditinggalkan peminat memang tiada tapisan.

Ada yang mengaitkan KLCC sebagai simbolik kepada diri Fattah Amin dan caption “Just looking at you makes me happy” didakwa ditujukan buat pelakon lelaki popular tersebut.

Tidak kurang juga peminat yang hairan dengan komen yang ditinggalkan seakan akan memberi gambaran yang Neelofa terhegeh-hegeh dengan Fattah Amin dan belum move on selepas apa yang terjadi.

Bagi kami, jika anda betul sayangkan Neelofa lebih baik doakan yang baik baik dan tidak lagi meninggalkan komen yang mengaitkan Neelofa dengan kisah silamnya. (rtky/m)