fbpx

Karyawan: Tiada Asas Untuk Pemuda PAS Bantah Konsert Elton John

Ini merupakan tahun kedua berturut turut Elton John tampil membuat persembahan di Malaysia namun masih ada pihak yang mahu membantah kehadiran beliau.

Esok, Elton John bersama pemuzik beliau akan menghiburkan para peminat di Arena of Stars, Genting Highlands bersempena sambutan 40th Anniversary of the Rocket Man.

Pemuda PAS baru baru ini mengeluarkan kenyataan memohon pembatalan konsert tersebut kerana di’dakwa mempromosi gaya hidup homoseksual dan hedonisme. Say what?

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata kepada The Star hari ini yang Pemuda PAS tiada asas kukuh untuk membantah konsert Elton John itu untuk di’teruskan.

“Ini sebuah acara muzik & para peminat hadir untuk menghargai karya Elton John — bukan mereka berminat untuk mengetahui kehidupan peribadi & latar belakang beliau,” ujar beliau.

November 2011 yang lalu, Elton John hadir menghiburkan para peminat yang penuh mengisi ruang persembahan walaupun menerima bantahan yang sama dari Pemuda PAS.