fbpx

Kariah Masjid Buat Laporan Polis, Azmil Mustapha Hina Islam & Melayu

Kami bukanlah arif sangat tentang ilmu agama, namun laporan tentang kelakuan Azmil Mustapha merobek hati kami.

Azmil Mustapha yang popular sekitar tahun 80’an ini kini bertugas sebagai pendakwah bebas & sering di’jemput untuk memberi tazkirah di masjid.

Namun malam semalam, Azmil Mustapha nampaknya mengambil peluang mengkafirkan kerajaan, menghina agama Islam & kaum Melayu.

Azmil Mustapha di’jemput untuk menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang selamat 15 minit sebelum sessi solat terawih namun berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Sepanjang tazkirah yang bertukar menjadi syarahan politik itu, Azmil Mustapha menegaskan yang kerajaan Malaysia sedia ada sekarang ini sebagai kafir & sistem pendidikan negara mengikut acuan kafir.

Bekas pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan ini turut menjatuhkan hukum amalan seorang kariah masjid tidak di’terima Allah kerana menyoal tindakan beliau malam itu.

Azmil Mustapha dalam kenyataan membela diri menyatakan yang beliau sah sebagai pendakwah bebas & JAIS memberikan kebenaran untuk beliau memberi tazkirah di’mana mana masjid.

Bukan kami mahu membela mana mana pihak, namun kebenaran yang di’beri oleh pihak berkuasa adalah untuk menyebarkan ajaran Islam sebenar & menyatukan umat Islam di bulan Ramadhan.

Banyak lagi platform lain boleh Azmil Mustapha gunakan untuk menyebarkan fahaman politik beliau, masjid bukan tempat’nya. Peace out! via Taiping Mali & Prebet Sapu