Karaoke Sambil Memandu, Achey Bocey Mohon Maaf Atas Kesilapan
Baru-baru ini, ramai peminat yang terhibur di laman sosial berikutan gelagat Achey Bocey bersama seorang wanita yang berkaraoke menggunakan applikasi Smule. Bagaimanapun tindakan Achey berkaraoke sambil memandu turut mengundang rasa kurang senang peminatnya.
BACA: Achey Bocey Perjelas Perkara Sebenar, Elak Salah Faham
“Pada masa itu saya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis resepsi Shahrol Shiro dan memandu di lorong kenderaan perlahan. Sebenarnya itu adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menghiburkan diri sendiri”
“Bagaimanapun saya tetap memberikan penumpuan pada pemanduan saya. Pun begitu, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan,” jelas Achey kepada portal Media Hiburan.
Dalam video karaoke tersebut (video di bawah), gelagat lucu Achey dan juga wanita yang berduet dengannya itu membuatkan ramai pengikutnya terhibur lantas membuatkan perkara tersebut pantas menjadi bahan perkongsian di laman sosial. (rtky/s)
Hmmm…
Jom buat penambahbaikan kewangan.
Sila klik : http://goo.gl/xTn29f
mulut je lebih bising tah mana kelakar tak nampak pun.over reacted lebih.
nampak mengada sangat. tak memadan tak handsome. kalau handsome ada ampun la sikit
hahaha… betol.. hrp mulut jer bising.. pastu mcm ngade2, tarik perhatian.. klakar tak sangat.. bingit bile dgr suara dia ni.. konon bajet suara bleh tarik mcm amy search ler tuhhh…
Concentrate on the driving Mat oii. Bila TER-eksiden nanti kalau ko sorang je yang terlibat takpe lah sangat..tapi selalunya pemandu2 yang lain ko heret sekali oleh sebab kebodohan ko.
Ala ramai ja drive sambil masuk IG atau Smule, cuma tak viral mcm dia la
Hahaha kelakarr … meroyan perempuan ni
xperlu nak kutuk wajah kurniaan ALLAH…
Release tensyen kot… http://www.gerobokbuku.com/
Pompuan tu knp over lebih