Masih lagi terpalit dengan kisah percintaan yang sudah lama terkubur, baru-baru ini Sufian Suhaimi sekali lagi menarik perhatian apabila hadir dengan caption yang mengundang tekaan kepada peminatnya. Bagaimanapun, Sufian menafikan perkara tersebut.

BACA: Sufian Suhaimi Hidup Tenang Tanpa Cinta


“Kapsyen itu saya sesuaikan dengan gambar saya sedang berjalan. Ia juga hanyalah ‘quote’ yang saya anggap ada nilai motivasi. Kami pun dah ada kehidupan masing-masing”

“Jadi, apa yang dia lakukan tak berikan kesan kepada kehidupan saya dan begitu juga sebaliknya. Kalau boleh, saya minta semua untuk ‘move on’ atau teruskan kehidupan seperti biasa. Saya sendiri pun dah boleh teruskan kehidupan,” katanya kepada Harian Metro.

Begitulah alkisahnya menjadi seorang selebriti. Lagi pula kisah percintaan menjadi bahan buah mulut peminat. Mungkin sampai masanya nanti, peminat akan faham. Contoh terbaik adalah Erra Fazira dan Awie, masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Sudah berduyun anak-anaknya. (rtky/s)